Wednesday, November 13, 2013

B-complex (with folic acid): Perbezaan Shaklee & B-complex lain dlm pasaran


  1. Bio-availability(kebolehserapan) yg tinggi - ini kerana asid folik yg semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, 99% asid folik yg terdapat dalam pasaran bersifat sintetik
  2. Berkualiti - mengandungi 8 komponen penting vitamin B, 100% biotin & asid folik. Semua vitamin B ini perlu ada dalam B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Manfaat utama:


1. Menukar makanan kpd tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Mengatasi masalah rambut beruban & gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah mulut merekah, jangkitan lidah & mulut berbau
9. Detoksifikasi

Sunday, October 27, 2013

Shaklee Vita E Complex: anti-oksidan utk melawan radikal bebas

Shaklee Vita E Complex
 
Merupakan vitamin E paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah, & tisu-tisu otot.



Manfaat utama:

- melindungi jantung : pengambilan 800IU dapat mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dsb.

- meningkatkan kemampuan reproduktif: lelaki yg mengambil vitamin E mampu meningkatkan kiraan sperma mereka

- Anti-penuaan: mengurangkan kedut, garis halus, parut akne, & bintik penuaan

- Anti-oksidan yg kuat: mampu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang pertumbuhan tumor, mengahalang katarak yg menyebabkan masalah kesihatan.

- kelestarian tenaga - meningkatkan daya seksual & tenaga dgn membekalkan lebih oksigen.

- memperbaiki arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, dan sakit sendi.

- menghalang keguguran: merawat sindrom prahaid, menopous, dapat menghalang keguguran janin.

- memperbaiki parut: merawat bengkak, ulser kulit, boleh digunakan terus pada luka utk hilangkan kesan parut.

SMS/whatssapp/call: 0192722926

Saturday, October 19, 2013

Pengalaman Bersalin: Hospital Putrajaya

@ Hospital Putrajaya

Alhamdulillah..hari nie genap umur putera kesayangan saya dan suami, Muhammad Mizan Mikhael bin Khair Asuan, 43 hari..Baru Ada masa nak update blog nie..hehe..dah nak habis berpantang pun..

Pertama sekali, syukur kehadiran illahi kerana mempermudahkan urusan saya untuk bersalin di Hospital Putrajaya..walaupun banyak review dan cerita-cerita orang yang tidak enak di dengar..tapi bagi saya, Allah telah memberi kemudahan kepada saya..syukur!

Pada petang 6/9/13..turun tanda berupa lendir kuning kecoklatan..masa tu masih kat opis..keje macam biasa..konon2 nak apply cuti on 9/9/13 sebab due date 
16/9/13..xde rasa sakit..bagi tau hubby..die cakap tunggu esok la klu sakit..dalam hati risau jugak..tapi berdoa byk2 supaya baby ok..Kira pergerakan baby pun ok lg masa tu..

Keesokan pagi 7/9/13..bangun awal sebab hubby kena keje pagi tue..hubby pegi keje..saya pun buat keje rumah macam biase..basuh baju, sidai baju..hubby call tanya condition baby..die risau if anything happen and die nak balik..saya siap pesan belikn nasi lemak sebab belum sarapan..x lupa jugak makan vita-lea n b complex shaklee lepas sarapan..mama n abah pegi servis van pagi tue..tp dah balik..hubby balik je..makan nasi lemak..then time nak siap beg ke hospital  rasa mcm ketuban pecah..tp bila check mmg dah turun darah..amik beg sume..abah dah start kete..trus naik pegi hospital..Dekat je perjalanan..x sampai 10 minit..hehe..

Lebih kurang pkul 11:30 am sampai hospital..Panic jugak tp sabar je..dalam hati x putus2 baca doa nabi yunus..semoga semua dipermudahkan..sesampainya kat dewan bersalin..serahkan kad booking dan kad merah..nurse tanya kenapa dtg..saya bagi tau dah turun tanda lendir Dan darah..nurse register and masuk dalam untuk check bukaan..

Sebelum check bukaan, amik berat and tekanan darah dulu..lepas tue check bukaan dah buka 3 cm..macam mane rase check bukaan tu agak azab la jugak..huhu..sabar je..doctor bgtaw dah boleh masuk labour room..peliknya masa tu saya masih tak rasa sakit..nervous..tanya nurse bila hubby boleh masuk? Masa tu lebih kurang pukul 12-1 pm..Nurse ckp jangan risau..sampai masa diorang akan panggil hubby masuk..hihi..konon takut hubby xde masa baby kuar nanti..

Kat labour room, nurse pasang alat untuk kesan contraction..dah ade rase sakit memulas kat perut..sakit contraction la tue..makin kerap..nurse ckp relax je..ade 2 org nurse temankn masa dalam labour room..diorang just pantau..berbual2 rasenye untuk tenang kan saya..hehe..kat hospital Putrajaya ade option untuk epidural..mula2 mcm xnak amik..lepas tue doctor dtg check bukaan lg..dah 4cm tp baby dah berak..doctor suruh masukkan syntocynone untuk Cepatkan bukaan..lepas tue rasa makin sakit contraction..mula dah rasa nak amik epidural..nurse cakap sempat lg..pastu doctor untuk prosedur suntik epidural tue pun dah dtg..fuhh sakit gak kena cucuk kat tulang belakang..tp masih rasa sakit contraction tue..dalam hati x henti baca doa nabi yunus..contraction dah makin kerap..5 minit sekali..mmg rase nak meneran je..Tarik nafas dalam2..mengalir jugak air mata masa tue..nurse tolong lapkan air mata..siap pesan, sabar dik..mmg mcm nie rasenye nak bersalin..semua org akan rasa sakit..nanti bila tgk baby, semua sakit tu hilang..lega sikit rasa hati nie dgn kata2 semangat dr nurse tue..masa sakit contraction, saya trus teran..mula2 hubby ade dalam labour room..tp bila doctor suruh sambut baby, hubby x berani plak..die trus kuar dari labour room..sabar je la..alhamdulillah masa tue doctor yg sambut mikhael semua perempuan..klu x silap nama doctor tu Dr. Azlyn..Dalam 2,3 kali..kemudian lahir lah bayi yg Comel tepat jam 4:08 pm 7/9/13..mmg x terungkap dengan kata-kata perasaan ketika itu..hanya Allah yg tahu..pertama Kali melihat wajah bayi yg dikandung selama 9 bulan..inilah dia putera sulung kami..Muhammad Mizan Mikhael..Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah..
1st day ;)

Selepas siap proses menjahit luka, nurse panggil hubby untuk azankan Mikhael..Mikhael diam je sambil Pandang babah nye :)

Nurse ajarkan macam mane nak breastfeed dgn betul..hospital Putrajaya mmg support breastfeeding..so diorang ade tanye sampai umur brp baby nak breastfeed etc. try bagi baby breastfeed walaupun masa tu susu x byk..2-3 hari lps bersalin baru la susu btul2 kuar..tp Mikhael x nangis..

Lebih kurang pkul 6:30 pm..Baru la saya dimasukkan ke wad 2B..katil 17..wad second class share 4 katil..tp condition sgt puas hati Dan selesa..tp bagi yg bersalin normal, penjaga x dibenarkan..hanya yg operate ke waris wanita bleh tggu..tp mlm tu abah, mama, hubby, masuk jugak utk hantar makanan..letihnya..huhu..rasa nak tido je sepanjang hari..Mikhael pun tido je..dah tue semua kena buat sendiri..

Esoknya, pukul 1:30 dah boleh discharge..Mikhael dah boleh kencing Dan berak..Sekian saja perkongsian pengalaman saya Kali ini :)





Monday, September 2, 2013

Checklist Barang Baby ke Hospital

Barang-barang baby dah start beli dari 28 weeks lagi. Tapi beli sikit-sikit. Berikut adalah checklist barang baby yang akan di bawa ke hospital:

1) Pakaian baby:
- Baju lengan panjang (3 helai)
- Baju lengan pendek(3 helai)
- Seluar panjang (3 helai)
- Seluar pendek (3 helai)
- Topi (2 helai)
- Mittens & Booties (5 pasang)
- Barut (5 pasang)
- Kain Bedung

2) Diapers:
- Lampin pakai buang utk newborn (1 pack)
- Kain lampin (5 helai)

3) Baby grooming and ointment:
- Mandian bayi 
- Shampoo bayi 
- Bedak talkum
- Losyen bayi 
- Towel baby
- Minyak telon Bebiku

4)  Baby Sleeping set:
- Selimut baby
- Bantal kecil

5) Barang mama:
- Baju t-shirt (3 helai)
- Kain batik (3 helai)
- Maternity pad/pad biasa overnight (1 pack)
- Disposable panties (10 helai)
- Towel
- Alat mandian (berus gigi, ubat gigi, shower gel,facial foam)
- Minyak angin panas
- Baju blouse (utk pakai ketika discharge)
- Stokin
- Sweater
- Tudung instant

6) Food & drinks
- Air panas
- Air mineral
- Air anugerah
- Botol susu
- Formula milk
- ESP :)
- Milo 3 in 1
- Mug, Sudu, garfu, pinggan
- Biskut kering
- Shaklee Vitamins


Amacam?? dah ready ke? hehehe...


Friday, August 23, 2013

Prosedur Minum Air Gula di Klinik Kesihatan

Anda mungkin dikehendaki untuk minum air gula ketika pemeriksaan pre-natal setiap bulan atau setiap minggu apabila kandungan mencecah 9 bulan. Saya tetiba kena plak urgent MGTT week 36...huhu..ingat dah x kena dah..sebab hari isnin jumpa doktor pakar sebab asthma..die cakap awak sepatutnya minum air gula lagi sekali nie...kenapa tak kena? sepatut week 28-32 kena minum air gula..huhu..saya pun blur2 masa tue..tapi doktor tue dengan lemah lembut nye cakap yang nie mmg kesilapan pihak klinik...phewww!...

Antara sebab-sebab kenapa anda dinasihatkan untuk minum air gula adalah:

1) Berat badan ketika disahkan mengandung melebihi 80 kg
2) Mempunyai sejarah atau keturunan menghidap diabetes

Jangan risau...hehe...prosedur nie hanya untuk check kandungan gula dalam darah...mula2, kita akan disuruh untuk berpuasa sebelah malam ( hanya dibenarkan minum air kosong) bermula jam 10:00 malam..Biasanya check-up akan diadakan awal pagi...sebab selepas ambil darah, kita akan disuruh minum air gula yang disediakan...setengah tempat siap ade perisa oren, blackcurrent..rasenye xde la teruk sgt...masih ok lagi...hehe...Kemudian, selepas minum air gula, kita akan dinasihatkan untuk berehat selama 2 jam...masih dikehendaki untuk puasa ( tidak boleh makan dan minum)..nurse benarkan saya minum air kosong sedikit sahaja...tue pun kalau dahaga sgt2...

Saya dan Encik Suami pun menunggu di rumah abang ipar yg berhampiran dengan KK Puchong...sambil2 boleh baring2 sambil tgk anak buah nabihah yang dah tembam..hehe..baru sebulan lebih...comel sgt!

Selepas dua jam, datang balik ke klinik...nurse ambil darah lagi sekali...mujur kali nie nurse tue ok...previously, kena cucuk sampai 4-5 kali....cari urat x jumpa...sakit! huhu...hari nie semua berjalan lancar...cucuk sekali darah dah keluar..alhamdulillah!

Sebelum nie dah pernah kena minum air gula masa week 15...result sebelum minum air gula 4.4 mml/l (normal 3.9 - 5.8)...selepas minum air gula 6.0 mml/l (normal 3.9 - 7.7)...alhamdulillah xde kencing manis :)
So, kena tunggu result kali nie pula...nurse cakap kalau abnormal die akan call petang nie atau esok...kalau normal, xde pape la...hehe :)





Thursday, August 22, 2013

Alfalfa "Raja" Segala Tumbuhan

Alfalfa (Medicago Sativa) merupakan pusat pengumpulan segala 

nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke 

bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan 

di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang 

banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa 

mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus 

dan zat besi

Kelebihan Alfalfa:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
4) Membantu membuang angin dalam badan. 
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
6)Melegakan sakit sendi dan belakang 
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa mengandungi minyak Peppermint 
9)Memberi kelegaan semasa haid 
10)Merawat arthitis 
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
12)Mencuci usus bagi membuang toksik 
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
14)Meneutralkan asid dalam badan 
15)Merawat masalah keputihan pada wanita 
16)Membesar dan menegangkan payudara 
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
18)Memulihkan urat selepas bersalin 
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
20)Meningkatkan stamina seorang suami 
21)Melegakan sembelit 


Ini adalah antara kebaikan Alfalfa yang mungkin boleh merawat masalah kita..

Testimoni adik ipar saya yang menggunakan Alfalfa Shaklee:




Wednesday, August 21, 2013

Mengapa Shaklee?

Saya mula mengenali produk Shaklee sejak 2 tahun lepas...ketika itu, saya tidak tahu bahawa vitamin yang saya makan tue adalah vitamin Shaklee...Produk tue di'packing' semula tanpa label..diperkenalkan oleh seorang cousin, katanya vitamin C utk cantikkan kulit...rupa2nya produk tue adalah Sustained Released Vita C Shaklee yang di 'pack' semula kepada trial pack sebulan...at least mentioned la label Shaklee kat depan tue kan...huhu...

Setelah penggunaan sebulan..nampak perubahan yang ketara pada kulit wajah...liang pori tidak lagi kelihatan dan warna kulit sekata...produk nie mmg berkesan...masa tue mmg cari produk kecantikan kulit sbb nak bertunang...hehe...setelah habis sebotol..saya pun nak re-order balik...google nak cari produk nie, tp xtahu nama...so ade la nampak Sustained Release Vita C kat internet...belek punya belek, nape sama dgn vita C yg saya makan dulu? hehe..x lain dan x bukan...ia memanglah produk Shaklee sebenarnya...

Ternyata produk Shaklee mmg sesuai dan berkesan pada diri saya...saya mula makan alfalfa dan GLA complex sebelum kahwin...alhamdulillah, masalah dalaman yang dialami seperti asthma, gatal2, eczema, keputihan, dan senggugut dapat diatasi...hidup pun lebih ceria dan bersemangat..maklumlah, masa nak jd raja sehari tue, sibuk dgn pelbagai persiapan...sampai tido, makan, minum pun x terjaga..alhamdulillah..semuanya ok...Sebulan kahwin, dah dapat berita gembira..saya disahkan mengandung!! alhamdulillah..

Masa pregnant sy amik set mengandung, Vita-LEA, B-complex, Ostematrix, Vita C chew..bila check-up kat klinik, HB x pernah below 11.5, berat badan bertambah dgn konsisten, tiada darah tinggi, & kencing manis..sy x makan ubat klinik bagi sbb x lalu..hehe..masuk trimester ke-3 saya tambah Omega Guard utk tingkatkan perkembangan otak bayi...harap2 anak mama nanti jadi anak yg soleh dan cerdik...amin...dalam masa yg sama, saya turut amik ESP utk persediaan menyusu selepas bersalin nanti..lagipun nak strecthmark di perut cepat hilang, dan kulit bertambah halus...

InsyaAllah, masa berpantang nanti akan terus consume vitamin Shaklee...alhamdulillah produk nie mmg berkesan utk saya..harga pun berpatutan..anda nak jadi seperti saya?

Call/whatapps/sms: 019 2722926
Email : nurulhusna.mohdariffin@gmail.com
Add FB: Husna Ariffin
Like Fan Page: Supplements 4 U
Blog: www.husnakhair.blogspot.com


Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri

Amboi..beraya sakan u ollss ;) Dah lama x update blog nie..raya punya pasal...rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin seandainya ada salah dan silap saya selama mengendalikan blog ini...

Pengalaman beraya kali ini cukup berbeza sekali...pertama kali beraya di rumah mertua memberikan pengalaman yg menarik dan menyeronokkan..dalam masa yg sama, rasa sedih turut menyelubungi tatkala laungan takbir di pagi raya berkumandang...maklumla, sebelum nie setiap kali raya mmg pulang ke kampung halaman di Baling, Kedah...hehe, emo sekejap ;)

Perjalanan pulang ke Sungai Besar, Selangor mengambil masa cuma 2 jam dari Putrajaya. Trafik lancar ketika kami bertolak pada hari Rabu (7/8/2013). Barang2 semua dah bawa, termasuk kelengkapan baby...takut2 tiba2 nak bersalin pulak nanti kan...almaklumla dah masuk 35 weeks..anything can happen...

Sampai di rumah mertua, lebih kurang tgh hari...bertolak dari Putrajaya pukul 10 pagi...alhamdulillah selamat sampai...pada malamnya selesai berbuka puasa, saya dan suami berkesempatan singgah di expo raya Sg Besar. Nak beli tudung raya. tak sempat nak membeli masa kat KL. Nasib baik baju raya dah ready..beli yg readymade aje kat Kenanga Wholesale...mak buyong nie dlm x larat nak berjalan tu gigih jugak bersesak di tgh org ramai...hehe..kebanyakan yg dijual dan lelong mlm tue kuih2 raya...baju2 n tudung x byk..maybe dah kehabisan stok malam2 raya tue kan...dapat la jugak saya membeli sehelai dua tudung yg berkenan di hati...

Malam raya bermalam di rumah atuk dan nenek suami di Pasir Panjang, Sekinchan...keesokan harinya solat raya di masjid berdekatan. Mak mertua, makcik2, adik2, semua sedang bertungkus lumus menyediakan juadah di pagi raya. Macam2 ada..antara makanan yg pelik saya x pernah rasa ialah rendang kerang..hehe..first time tgk pagi raya mkn rendang kerang...sedap jugak..tp nak mengopek kerang tue mmg la memerlukan kakitangan yg ramai..hehe..hidangan nasi hujan panas bersama lauk ikan keli berlada, ayam rendang, mmg sangat menyelerakan...makan sampai kenyang..alhamdulillah

Raya ke-2, beraya di rumah saudara mara suami...sempat menziarah 2-3 buah keluarga...Kalau ikutkan nak balik Kedah hari nie...tapi x jadi plak...masing2 dah kenyang melantak rendang...hehe..tersadai dua2..kuikuikui..

Pagi raya ke-3, selepas sessi bergambar bersama family..kami bertolak pulang ke Baling, Kedah...kami lebih suka lalu jalan kampung...dari Sg Besar > Sabak Bernam > Bota > Manong > Grik > Baling...jalan agak sesak sbb banyak kenduri kendara...Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam...Sebenarnya sepupu saya, Izzati Syazwani menikah hari nie...sampai2 je trus singgah kat masjid Carok Bemban bagi menyaksikan pernikahan sepupu saya. Sempat juga ya..rezeki...hehe

Sampai di Baling mmg letih, lenguh2..lama sgt dalam kereta...makan2 dulu kat rumah mak Chaq...bermalam di rumah Chik Dah...malam tue mkn malam dah mcm kenduri...ramai sgt yg datang...biasa lah, keluarga kami besar...termasuk rakan2 pengantin lagi...hehe

Raya ke-4, kenduri kahwin Kak teh aka Izzati Syazwani & Illyano...meriah sgt2..dgn tema gold + pink + baby blue...ramai yg dtg..sempat juga bersua teman2 lama...saya dulu bersekolah di Baling...pi mai pi mai...jumpa balik la..hehe

Petang tue, mama ajak pegi melenggang perut dgn nenek saudara, Tok Mayah...ingatkan dah x payah buat zaman sekarang nie...tapi sbb family sebelah abah mmg mengamalkan tradisi ini...saya ikutkan juga...ada pengeras jugak..beras 5 kilo, kain cotton 1.5 meter, sebiji kelapa, buah pinang, dan sirih, kain batik sehelai utk mandi...tue je...selesai semua..alhamdulillah...berjalan2 pula kat kampung sebelah Abah..ziarah saudara mara yg ada di sana...

Hari isnin baru bertolak balik Putrajaya...jalan jem, 9 jam baru sampai..lenguh nye laa...huhu...berhenti kat R&R org ramai packed sampai xde air..jenuh la..huhu..sabar je..Alhamdulillah, sempat beraya di kedau2 belah kampung...sempat jugak bertemu sanak saudara yg dah lama x jumpa...nanti dlm pantang dah xboleh nak berjalan jauh2... harap diorang la nak dtg sini tgk kita..uhuk uhuk ;)

Raya tahun nie x berapa ada mood nak bergambar..ada la sekeping sua gambar..lgpun tgh kembang skrg nie.. hehehe :P











Friday, July 19, 2013

6 Vitamin Penting untuk Ibu Hamil


Makanan & Nutrisi

Kehamilan adalah masa terpenting dimanaanda sangat menjaga kondisi janin. Gaya hidup dan pola makanan menjadi salahsatu yang dapat anda pilih sehingga memiliki manfaat untuk tubuh anda. Nutrisiyang diperlukan ibu hamil terdiri dari karbohidrat,protein, lemak, mineral, air dan vitamin. Kandungan vitamin sangat diperlukankerana tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin. Sedangkan vitamin memilikifungsi yang besar dalam membantu anda dalam proses metabolisme. Begitu jugapada ibu hamil yang memerlukan vitamin tidak sekadar untuk metabolisme tubuhakan tetapi yang bermanfaat dalam membantu perkembangan janin. Oleh kerana ituibu hamil memerlukan jenis vitamin penting yang membantu perkembangankehamilan.
Berikut adalah 6 vitamin pentinguntuk ibu hamil :
1.  Vitamin A. Vitamin Abermanfaat untuk anda yang sedang hamil dalam trimester pertama. Hal iniberkaitan dengan daya tahan tubuh yang dapat meningkat dengan pengambilanvitamin A. Selain itu Vitamin A dapat membantu menjaga kesihatan ibu hamil.Pengambilan kandungan vitamin A yang terdapat pada sayur berwarna hijau danorange, susu, dan hati ayam.
2.  Vitamin B. Vitamin Bmemiliki beberapa jenis yang masing-masing memiliki manfaat untuk tubuhtermasuk untuk ibu hamil. Berikut jenis vitamin B dan kegunaannya bagi ibuhamil.
·        Vitamin B1.Vitamin B1 atau dikenal dengan tiamin berguna untuk meminimakan morningsickness bagi ibu hamil selain itu melancarkan pencernaan .Vitamin B1 di dapatdari hati, kacang-kacang, gandum.
·        Vitamin B2.Dikenal dengan istilah riboflavin yang berfungsi dalam perkembagan janin diminggu pertama dan membantu dalam mengurai makanan menjadi sari makanan yangdiperlukan oleh janin selama masa kandungan. Makanan yang memiliki sumbervitamin B2 adalah keju, susu, brokoli, telur dan sayuran hijau.
·        Vitamin B3.Berfungsi dalam membantu anda mengurangi mual dan muntah di kehamilan pertama danmembentuk sel otak janin. Vitamin B3 diperlukan ibu hamil sebesar 18 mg. Andadapat melengkapinya dengan pengambilan gandum, hati, sayuran hijau, kacangtanah, susu.
·        Vitamin B5.Vitamin B5 dangat berfungsi dalam memelihara sel darah merah selama kehamilan,keperluan ibu hamil sebesar 5 mg. Anda dapat meningkatkan pengambilan ayam,apricot, dan ikan sardin.
·        Vitamin B6.Dikenal dengan istilah pridoksin yang diperlukan dalam meningkatkan kekebalantubuh selama kehamilan. Makanan dengan sumber makanan vitamin B6 adalah gandum,ikan, dan susu.
·        Vitamin B12.Berfungsi selama kehamilan anda dalam membentuk sistem saraf pusat janin dansel darah merah. Makanan dengan sumber B12 terdapat pada telur, susu, rumpailaut, dan daging.

3.  Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk ibu hamildalam penyerapan zat besi di usus kerana terdapat ramai ibu hamil yangmengalami anemia.Pengambilan zat besi dapat dioptimumkan dengan vitamin C dari buah-buahan.
4.  Vitamin D. Vitamin Dmemiliki manfaat dalam mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes. Selainitu dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menghindari kesulitanbernafas pada bayi. Bantuan sinar matahari dapat membantu dalam memberikanvitamin D pada tubuh. Vitamin D juga mengurangkan kebarangkalian bayi mengalamimasalah jaundice sewaktu lahir kelak.
5.  Vitamin E. Melindungilemak yang diperlukan janin selain itu menjaga kualiti sel kulit perut ibuakibat ‘strechmark’. Makanan dengan sumber vitamin E adalah gandum.
6.  Vitamin K. Vitamin Kmemiliki peranan yang sama dengan vitamin E melindungi lemak yang diperlukanjanin. Selain itu juga memiliki peranan membentuk darah bagi ibu hamil. Makanandengan kandungan vitamin K ialah yang berasal dari sayuran yang berdaun hijau.

Sumber: bidan.com

Namun, bakal-bakal ibu semua, sebanyak mana badan kita mampu menyerap kesemua vitamin-vitamin ini daripada makanan? 

Oleh itu, Shaklee menawarkan Set Ibu Hamil untuk trimester 1 & trimester 2 & 3:

Trimester 1:
  • Vita-LEA Iron formula (multivitamin)
  • B-complex with folic acid
  • Chewable Vita C
  • Ostematrix@Calcium
Trimester 2&3:
  • Vita-LEA Iron formula (multivitamin)
  • B-complex with folic acid
  • Chewable Vita C
  • Ostematrix@Calcium
  • Omegaguard (DHA & EPA)

     Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga istimewa dan berpatutan!!!

    Call/SMS/Whatssap: 0192722926
    FB: Supplements 4 U
    Blog: www.husnakhair.blogspot.com

    Salam Sayang :)






    Wednesday, July 17, 2013

    ESP (Energizing Soy Protein) & Khasiatnya

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Di sini saya ingin berkongsi tentang kebaikan ESP Shaklee (sangat sedap berperisa natural vanilla) sehingga ia menjadi produk best seller dan paling laris!! :)



    Kekal Muda

    • Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.


    Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi


    • kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

    Kulit berseri dan anjal


    • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

    Pemberi Tenaga Segera


    • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

    Memulihkan Pigmentasi


    •  Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, dan jeragat.

    Memperbaiki Memori


    •  Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya

    Oleh itu, ESP dapat: 

    1. menjadikan kulit wajah berseri-seri dan awet muda
    2. membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel yang mati
    3. memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas, dan kurang letih
    4. membantu untuk kuruskan badan; cepat kenyang
    5. membantu mempercepatkan penghasilan susu; untuk ibu menyusu sebagai milkbooster
    6. membantu perkembangan fetus bagi ibu mengandung dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
    7. menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara; kawasan yang gelap boleh kembali cerah

    Wow!! bestkan??? cepat2 dapatkan ESP anda hari ini :)
    Dapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma dari saya:

    Shaklee ID: 917824
    Call/whatapps/sms: 019 2722926
    Email : nurulhusna.mohdariffin@gmail.com
    Add FB: Husna Ariffin
    Like Fan Page: Supplements 4 U
    Blog: www.husnakhair.blogspot.com




    Friday, July 12, 2013

    Anak Saudara Pertama Kami :)

    Assalamualaikum w.b.t

    Minggu lepas saya dan suami berkesempatan melawat anak saudara kami yang sulung iaitu anak kepada abg ipar dan biras saya, Mohd Nor Sazrul dan Maizura...Excitednya!! hehe..maklumla anak saudara first...hehe..seluruh keluarga menunggu kehadiran baby comel ini...Dilahirkan di KPMC, Kajang pada tanggal 02 Julai 2013...baby girl lahir secara normal dengan berat 3kg...alhamdulillah...

    Beza tarikh nikah kami cuma 2 bulan..jadi bakal sepupunya pun akan lahir bulan 9 nanti..jeng, jeng, jeng...hehe..

    Hujung minggu lepas saya dan suami turut pulang ke rumah ibu mertua di Sg. Besar kerana biras saya berpantang di sana...alhamdulillah baby girl sihat dan tiada kuning...

    Biasanya wanita sedang berpantang memerlukan nutrisi tambahan yang mencukupi...ini kerana sewaktu proses berpantang bukan semua sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan oleh ibu baru...begitu juga lauk pauk dan nasi juga dicatu...Jadi saya hadiahkan biras saya Set Berpantang Shaklee :) Saya juga pastinya akan meneruskan pengambilan vitamin sepanjang kehamilan dan berpantang nanti...Saya lebih senang memilih vitamin semulajadi berbanding jamu kerana ia tidak panas dan memberi kesan kepada bayi yang bakal lahir nanti...Terpulang pada kehendak masing2...

    Kandungan Set Berpantang Shaklee :

    Vita-LEA
    B-complex
    Zinc Complex
    Vita C Chewable
    **Alfalfa untuk tambahkan susu badan (optional)

    Nak tahu lebih lanjut tentang set ini?
    Hubungi saya:

    Call/SMS/Whatsapp: 0192722926
    FB: Supplement 4 U
    https://www.facebook.com/pages/Supplements-4-U/442505739168336?ref=hl

    Monday, July 8, 2013

    Bagaimana GLA Complex & ESP dapat membantu anda untuk hamil?

     Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

    GLA (gammalinolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom prahaid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yangberkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dankekejangan kerana GLA ditukarkan kepadaprostagdalin E1.



     Bagaimana GLA Complex membantu wanita yang ingin hamil cepat?

    GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendirserviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur.Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yangdihasilkannya sebegitu ‘subur’. 

    Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untukberenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel 
    ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih adapeluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.


      ESP

    Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akanmemudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yangsecara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 


    P/S: Pic yang bawah sekali tue...It's me in my 7th month pregnancy ;)


    Friday, June 28, 2013

    Susu Ibu, Susu Terbaik!!

    Walaupun banyak jenis susu formula yang terdapat di pasaran, susu terbaik adalah tetap susu ibu. Para ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka bermula sebaik sahaja bayi itu lahir sehingga umurnya mencapai 2 tahun. Bayi perlu disusukan secara eksklusif sehingga umur 6 bulan, dan selepas itu, bayi sudah boleh diberi makanan pelengkap seperti bubur, puri, nestum, dan sebagainya.
    Susu ibu sudah pasti memberi banyak faedah untuk bayi berbanding susu formula kerana ia terhasil secara semulajadi. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga mudah dihadam, tidak menyebabkan alahan tertentu, dan tersedia pada suhu yang tetap untuk bayi anda. Bayi yang menyusu sepenuhnya susu ibu pada 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
    Susu ibu juga memberi perlindungan untuk sistem imunisasi bayi. Kolostrum, susu yang mula2 dihasilkan oleh ibu dapat elindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan. Ia dapat mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit2 alahan yang terdapat di dalam protein susu lain.
    Selain memberi faedah kepada bayi, ia juga memberi faedah kepada ibu yang memberi susu badan. Ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah, mengurangkan risiki kanser payudara dan ovari, mempercepatkan proses mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman, dan boleh menjarakkan kehamilan atau perancang keluarga.

    PENYUSUAN HAK BAYI
    1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
    Maksudnya:
    Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
    2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
    Maksudnya:
    “…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
    Surah al-Baqarah 2: 233
    3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
    4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah
    AL-RADA’AH
    5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa  kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÃŽÃŽal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)

    Jadi ibu-ibu semua tidak ada alasan lagi untuk kita tidak memberi susu ibu kepada bayi kita. Susu ibu adalah hak bayi, dan mereka memerlukan nutrisi dari susu ibu untuk pertumbuhan fizikal dan mental yang baik.

    Shaklee menawarkan set Milk Booster Budget untuk memudahkan para ibu semua menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak anda. Malah, bagi mereka yang pernah menggunakan set ini mengatakan bahawa bayi mereka lebih cepat kenyang dan tidur lebih lena. alhamdulillah :) Hubungi saya untuk konsultasi percuma!!

    Thursday, June 13, 2013

    KEKEJANGAN DAN KEBAS KAKI SEWAKTU HAMIL



    OsteMatrix dari Shaklee mengandungi kalsium yang paling seimbang di mana kadar penyerapannya adalah 99%. Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc dan vitamin D.

    Jika anda mengalami sakit-sakit sendi, kekejangan, dan kebas kaki terutama sekali ketika bangun pagi, ini adalah tanda-tanda yang anda kekurangan kalsium!!! Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki masalah ini terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Setelah mengambil Ostematrix tiada lagi masalah-masalah ini bagi saya.

    Selain itu, ia dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, lantas menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, dan stress. Tambahan pula, ketika mengandung, saya kerap terjaga di tengah malam, tidak dapat tidur nyenyak dan rasa kurang selesa. Setelah mengambil Ostematrix, saya dapat tidur yang lena dan berkualiti.

    Jom kita cuba! ;)


    Monday, June 10, 2013

    Merawat Asthma Ketika Hamil

    Bulan lepas, saya diserang asthma. Penyakit asthma nie mmg ada sejak kecil. Dah lama tak kena, actually sejak preggy memang tak pernah kena. Since cuaca panas hari tue, dah kena asthma la plak. Orang cakap sebab baby dah besar, so mommy akan jadi sukar nak bernafas.

    Mula-mula tue, pergi klinik. Tengah malam kat Putrajaya Klinik Damai je yang buka. Doc bagi neb je. Doc ckp jangan makan sembarangan ubat. Merbahaya pada baby. Doc pun kasi inhaler jer malam tu.

    Sebenarnya, dah lama nak consume Shaklee Omega Guard. So, belilah sebab kandungan dah mencecah 2nd timester :) Tenyata ramuan semulajadi ini berupaya melawan penyakit berkaitan paru-paru seperti asthma. Since Doc pun tak bagi ubat, jadi saya memilih untuk sihat secara semulajadi.





    Shaklee Omega Guard berupaya membantu anda untuk:

    > Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit asthma, hepatitis, SLE (systemic lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

    > Tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf  dan retina. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

    > Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak omega-3 mampu larut dalam tisu rawan. Ia mampu mengawal fungsi sendi dan gout dengan baik.

    > Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, anxiety, nuerathenea, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan schizofrenia.






    Saturday, May 11, 2013

    Confinement Set Shaklee


    Set bersalin/berpantang Shaklee mengandungi 4 jenis vitamin utama iaitu Vita-LEA iron formula, Chewable Vita-C, B-complex & Zinc Complex. Antara fungsi vitamin-vitamin berikut adalah:

    1) Vita-LEA Iron Formula:

    - setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari buah-buahan dan sayuran.
    -berfungsi sebagai penambah tenaga segera, pelengkap nutrisi, meningkatkan keupayaan sistem produktif, membantu pertumbuhan sel-sel baru, di samping menjaga kesihatan organ seperti buah pinggang, jantung, dan hati.

    2) Chewable Vita-C:

    - membentuk kolagen
    - memperbaiki simptom pendarahan
    - peningkatan sistem imunisasi badan
    - memerangi kanser
    - mencantikkan kulit
    - mengekalkan kolesterol sihat

    3) B-Complex:

    - menukar makanan kepada tenaga
    - melawan tekanan
    - membantu tumbesaran dan merawat masalah kulit kepala
    - mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan memori dan fokus
    - mencegah anemia
    - detoksifikasi

    4) Zinc Complex:

    - mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
    - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan kulit, kuku, 
    dan organ yang sihat

    Ibu-ibu di dalam proses berpantang kadangkala mudah mengalami tekanan disebabkan rasa letih dan lesu selepas bersalin. Ini kerana proses kelahiran menyebabkan ibu kehilangan banyak tenaga dan darah justeru mereka memerlukan banyak nutrien untuk menjana semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin. Set berpantang Shaklee adalah jalan penyelesaiannya. Dirumus dari bahan organik yang selamat dan semulajadi tidak akan memberi kesan sampingan yang tidak diingini kepada anda dan bayi anda yang baru lahir.





    Thursday, May 2, 2013

    SHAKLEE GLA COMPLEX>The most effective natural ingredients




    Assalamualaikum dearies :) Hari nie saya nak kongsikan kebaikan produk istimewa dari Shaklee yang saya amalkan sejak dari zaman anak dara lagi..hehehe..

    Produk tersebut adalah GLA COMPLEX SHAKLEE!! 

    Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah...di bulan pertama perkahwinan saya dan suami, saya disahkan hamil :) Sekarang usia kandungan sudah mencecah 5 bulan..Alhamdulillah sekali lagi...lgpun ketika mengambil produk ini, haid jadi teratur dan gejala PMS berkurangan.. bersyukur kerana dipertemukan dengan produk yang terbaik ini :)

    GLA (gamma-linolenic acid) dari Shaklee adalah dari ekstrak borage (http://en.wikipedia.org/wiki/Borage_seed_oil) yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO (Evening Primrose Oil) dan blackcurrent oil seed.

    Setiap kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ia juga digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegarannya terpelihara oleh ShakleeGuard iaitu anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dan ini telah dibuktikan secara klinikal.

    Antara kebaikan utama produk ini:

    1) Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

    2) Mengawal estrogen & testosteron iaitu membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

    3) Melambatkan menopaus dan pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.

    4) Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

    5) Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, kurap.

    6) Menghalang komplikasi diabetes iaitu merendahkan kadar gula di dalam darah.

    7) Merendahkan kolesterol, memberi tone kepada otot untuk mencantikkan tubuh badan.

    8) Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mengelakkan masalah jantung.

    Ok, inilah serba sedikit pendedahan produk yang sangat berkesan ini. Kita manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Tapi, berusahalah selagi terdaya kerana Allah tidak akan membantu tanpa usaha yang bersungguh dari kita..betul x?? Renung2kan ;)