Friday, June 28, 2013

Susu Ibu, Susu Terbaik!!

Walaupun banyak jenis susu formula yang terdapat di pasaran, susu terbaik adalah tetap susu ibu. Para ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka bermula sebaik sahaja bayi itu lahir sehingga umurnya mencapai 2 tahun. Bayi perlu disusukan secara eksklusif sehingga umur 6 bulan, dan selepas itu, bayi sudah boleh diberi makanan pelengkap seperti bubur, puri, nestum, dan sebagainya.
Susu ibu sudah pasti memberi banyak faedah untuk bayi berbanding susu formula kerana ia terhasil secara semulajadi. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga mudah dihadam, tidak menyebabkan alahan tertentu, dan tersedia pada suhu yang tetap untuk bayi anda. Bayi yang menyusu sepenuhnya susu ibu pada 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
Susu ibu juga memberi perlindungan untuk sistem imunisasi bayi. Kolostrum, susu yang mula2 dihasilkan oleh ibu dapat elindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan. Ia dapat mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit2 alahan yang terdapat di dalam protein susu lain.
Selain memberi faedah kepada bayi, ia juga memberi faedah kepada ibu yang memberi susu badan. Ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah, mengurangkan risiki kanser payudara dan ovari, mempercepatkan proses mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman, dan boleh menjarakkan kehamilan atau perancang keluarga.

PENYUSUAN HAK BAYI
1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah
AL-RADA’AH
5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa  kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)

Jadi ibu-ibu semua tidak ada alasan lagi untuk kita tidak memberi susu ibu kepada bayi kita. Susu ibu adalah hak bayi, dan mereka memerlukan nutrisi dari susu ibu untuk pertumbuhan fizikal dan mental yang baik.

Shaklee menawarkan set Milk Booster Budget untuk memudahkan para ibu semua menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak anda. Malah, bagi mereka yang pernah menggunakan set ini mengatakan bahawa bayi mereka lebih cepat kenyang dan tidur lebih lena. alhamdulillah :) Hubungi saya untuk konsultasi percuma!!

Thursday, June 13, 2013

KEKEJANGAN DAN KEBAS KAKI SEWAKTU HAMIL



OsteMatrix dari Shaklee mengandungi kalsium yang paling seimbang di mana kadar penyerapannya adalah 99%. Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc dan vitamin D.

Jika anda mengalami sakit-sakit sendi, kekejangan, dan kebas kaki terutama sekali ketika bangun pagi, ini adalah tanda-tanda yang anda kekurangan kalsium!!! Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki masalah ini terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Setelah mengambil Ostematrix tiada lagi masalah-masalah ini bagi saya.

Selain itu, ia dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, lantas menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, dan stress. Tambahan pula, ketika mengandung, saya kerap terjaga di tengah malam, tidak dapat tidur nyenyak dan rasa kurang selesa. Setelah mengambil Ostematrix, saya dapat tidur yang lena dan berkualiti.

Jom kita cuba! ;)


Monday, June 10, 2013

Merawat Asthma Ketika Hamil

Bulan lepas, saya diserang asthma. Penyakit asthma nie mmg ada sejak kecil. Dah lama tak kena, actually sejak preggy memang tak pernah kena. Since cuaca panas hari tue, dah kena asthma la plak. Orang cakap sebab baby dah besar, so mommy akan jadi sukar nak bernafas.

Mula-mula tue, pergi klinik. Tengah malam kat Putrajaya Klinik Damai je yang buka. Doc bagi neb je. Doc ckp jangan makan sembarangan ubat. Merbahaya pada baby. Doc pun kasi inhaler jer malam tu.

Sebenarnya, dah lama nak consume Shaklee Omega Guard. So, belilah sebab kandungan dah mencecah 2nd timester :) Tenyata ramuan semulajadi ini berupaya melawan penyakit berkaitan paru-paru seperti asthma. Since Doc pun tak bagi ubat, jadi saya memilih untuk sihat secara semulajadi.





Shaklee Omega Guard berupaya membantu anda untuk:

> Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit asthma, hepatitis, SLE (systemic lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

> Tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf  dan retina. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

> Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak omega-3 mampu larut dalam tisu rawan. Ia mampu mengawal fungsi sendi dan gout dengan baik.

> Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, anxiety, nuerathenea, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan schizofrenia.