Friday, August 23, 2013

Prosedur Minum Air Gula di Klinik Kesihatan

Anda mungkin dikehendaki untuk minum air gula ketika pemeriksaan pre-natal setiap bulan atau setiap minggu apabila kandungan mencecah 9 bulan. Saya tetiba kena plak urgent MGTT week 36...huhu..ingat dah x kena dah..sebab hari isnin jumpa doktor pakar sebab asthma..die cakap awak sepatutnya minum air gula lagi sekali nie...kenapa tak kena? sepatut week 28-32 kena minum air gula..huhu..saya pun blur2 masa tue..tapi doktor tue dengan lemah lembut nye cakap yang nie mmg kesilapan pihak klinik...phewww!...

Antara sebab-sebab kenapa anda dinasihatkan untuk minum air gula adalah:

1) Berat badan ketika disahkan mengandung melebihi 80 kg
2) Mempunyai sejarah atau keturunan menghidap diabetes

Jangan risau...hehe...prosedur nie hanya untuk check kandungan gula dalam darah...mula2, kita akan disuruh untuk berpuasa sebelah malam ( hanya dibenarkan minum air kosong) bermula jam 10:00 malam..Biasanya check-up akan diadakan awal pagi...sebab selepas ambil darah, kita akan disuruh minum air gula yang disediakan...setengah tempat siap ade perisa oren, blackcurrent..rasenye xde la teruk sgt...masih ok lagi...hehe...Kemudian, selepas minum air gula, kita akan dinasihatkan untuk berehat selama 2 jam...masih dikehendaki untuk puasa ( tidak boleh makan dan minum)..nurse benarkan saya minum air kosong sedikit sahaja...tue pun kalau dahaga sgt2...

Saya dan Encik Suami pun menunggu di rumah abang ipar yg berhampiran dengan KK Puchong...sambil2 boleh baring2 sambil tgk anak buah nabihah yang dah tembam..hehe..baru sebulan lebih...comel sgt!

Selepas dua jam, datang balik ke klinik...nurse ambil darah lagi sekali...mujur kali nie nurse tue ok...previously, kena cucuk sampai 4-5 kali....cari urat x jumpa...sakit! huhu...hari nie semua berjalan lancar...cucuk sekali darah dah keluar..alhamdulillah!

Sebelum nie dah pernah kena minum air gula masa week 15...result sebelum minum air gula 4.4 mml/l (normal 3.9 - 5.8)...selepas minum air gula 6.0 mml/l (normal 3.9 - 7.7)...alhamdulillah xde kencing manis :)
So, kena tunggu result kali nie pula...nurse cakap kalau abnormal die akan call petang nie atau esok...kalau normal, xde pape la...hehe :)





Thursday, August 22, 2013

Alfalfa "Raja" Segala Tumbuhan

Alfalfa (Medicago Sativa) merupakan pusat pengumpulan segala 

nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke 

bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan 

di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang 

banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa 

mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus 

dan zat besi

Kelebihan Alfalfa:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
4) Membantu membuang angin dalam badan. 
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
6)Melegakan sakit sendi dan belakang 
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa mengandungi minyak Peppermint 
9)Memberi kelegaan semasa haid 
10)Merawat arthitis 
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
12)Mencuci usus bagi membuang toksik 
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
14)Meneutralkan asid dalam badan 
15)Merawat masalah keputihan pada wanita 
16)Membesar dan menegangkan payudara 
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
18)Memulihkan urat selepas bersalin 
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
20)Meningkatkan stamina seorang suami 
21)Melegakan sembelit 


Ini adalah antara kebaikan Alfalfa yang mungkin boleh merawat masalah kita..

Testimoni adik ipar saya yang menggunakan Alfalfa Shaklee:




Wednesday, August 21, 2013

Mengapa Shaklee?

Saya mula mengenali produk Shaklee sejak 2 tahun lepas...ketika itu, saya tidak tahu bahawa vitamin yang saya makan tue adalah vitamin Shaklee...Produk tue di'packing' semula tanpa label..diperkenalkan oleh seorang cousin, katanya vitamin C utk cantikkan kulit...rupa2nya produk tue adalah Sustained Released Vita C Shaklee yang di 'pack' semula kepada trial pack sebulan...at least mentioned la label Shaklee kat depan tue kan...huhu...

Setelah penggunaan sebulan..nampak perubahan yang ketara pada kulit wajah...liang pori tidak lagi kelihatan dan warna kulit sekata...produk nie mmg berkesan...masa tue mmg cari produk kecantikan kulit sbb nak bertunang...hehe...setelah habis sebotol..saya pun nak re-order balik...google nak cari produk nie, tp xtahu nama...so ade la nampak Sustained Release Vita C kat internet...belek punya belek, nape sama dgn vita C yg saya makan dulu? hehe..x lain dan x bukan...ia memanglah produk Shaklee sebenarnya...

Ternyata produk Shaklee mmg sesuai dan berkesan pada diri saya...saya mula makan alfalfa dan GLA complex sebelum kahwin...alhamdulillah, masalah dalaman yang dialami seperti asthma, gatal2, eczema, keputihan, dan senggugut dapat diatasi...hidup pun lebih ceria dan bersemangat..maklumlah, masa nak jd raja sehari tue, sibuk dgn pelbagai persiapan...sampai tido, makan, minum pun x terjaga..alhamdulillah..semuanya ok...Sebulan kahwin, dah dapat berita gembira..saya disahkan mengandung!! alhamdulillah..

Masa pregnant sy amik set mengandung, Vita-LEA, B-complex, Ostematrix, Vita C chew..bila check-up kat klinik, HB x pernah below 11.5, berat badan bertambah dgn konsisten, tiada darah tinggi, & kencing manis..sy x makan ubat klinik bagi sbb x lalu..hehe..masuk trimester ke-3 saya tambah Omega Guard utk tingkatkan perkembangan otak bayi...harap2 anak mama nanti jadi anak yg soleh dan cerdik...amin...dalam masa yg sama, saya turut amik ESP utk persediaan menyusu selepas bersalin nanti..lagipun nak strecthmark di perut cepat hilang, dan kulit bertambah halus...

InsyaAllah, masa berpantang nanti akan terus consume vitamin Shaklee...alhamdulillah produk nie mmg berkesan utk saya..harga pun berpatutan..anda nak jadi seperti saya?

Call/whatapps/sms: 019 2722926
Email : nurulhusna.mohdariffin@gmail.com
Add FB: Husna Ariffin
Like Fan Page: Supplements 4 U
Blog: www.husnakhair.blogspot.com


Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri

Amboi..beraya sakan u ollss ;) Dah lama x update blog nie..raya punya pasal...rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin seandainya ada salah dan silap saya selama mengendalikan blog ini...

Pengalaman beraya kali ini cukup berbeza sekali...pertama kali beraya di rumah mertua memberikan pengalaman yg menarik dan menyeronokkan..dalam masa yg sama, rasa sedih turut menyelubungi tatkala laungan takbir di pagi raya berkumandang...maklumla, sebelum nie setiap kali raya mmg pulang ke kampung halaman di Baling, Kedah...hehe, emo sekejap ;)

Perjalanan pulang ke Sungai Besar, Selangor mengambil masa cuma 2 jam dari Putrajaya. Trafik lancar ketika kami bertolak pada hari Rabu (7/8/2013). Barang2 semua dah bawa, termasuk kelengkapan baby...takut2 tiba2 nak bersalin pulak nanti kan...almaklumla dah masuk 35 weeks..anything can happen...

Sampai di rumah mertua, lebih kurang tgh hari...bertolak dari Putrajaya pukul 10 pagi...alhamdulillah selamat sampai...pada malamnya selesai berbuka puasa, saya dan suami berkesempatan singgah di expo raya Sg Besar. Nak beli tudung raya. tak sempat nak membeli masa kat KL. Nasib baik baju raya dah ready..beli yg readymade aje kat Kenanga Wholesale...mak buyong nie dlm x larat nak berjalan tu gigih jugak bersesak di tgh org ramai...hehe..kebanyakan yg dijual dan lelong mlm tue kuih2 raya...baju2 n tudung x byk..maybe dah kehabisan stok malam2 raya tue kan...dapat la jugak saya membeli sehelai dua tudung yg berkenan di hati...

Malam raya bermalam di rumah atuk dan nenek suami di Pasir Panjang, Sekinchan...keesokan harinya solat raya di masjid berdekatan. Mak mertua, makcik2, adik2, semua sedang bertungkus lumus menyediakan juadah di pagi raya. Macam2 ada..antara makanan yg pelik saya x pernah rasa ialah rendang kerang..hehe..first time tgk pagi raya mkn rendang kerang...sedap jugak..tp nak mengopek kerang tue mmg la memerlukan kakitangan yg ramai..hehe..hidangan nasi hujan panas bersama lauk ikan keli berlada, ayam rendang, mmg sangat menyelerakan...makan sampai kenyang..alhamdulillah

Raya ke-2, beraya di rumah saudara mara suami...sempat menziarah 2-3 buah keluarga...Kalau ikutkan nak balik Kedah hari nie...tapi x jadi plak...masing2 dah kenyang melantak rendang...hehe..tersadai dua2..kuikuikui..

Pagi raya ke-3, selepas sessi bergambar bersama family..kami bertolak pulang ke Baling, Kedah...kami lebih suka lalu jalan kampung...dari Sg Besar > Sabak Bernam > Bota > Manong > Grik > Baling...jalan agak sesak sbb banyak kenduri kendara...Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam...Sebenarnya sepupu saya, Izzati Syazwani menikah hari nie...sampai2 je trus singgah kat masjid Carok Bemban bagi menyaksikan pernikahan sepupu saya. Sempat juga ya..rezeki...hehe

Sampai di Baling mmg letih, lenguh2..lama sgt dalam kereta...makan2 dulu kat rumah mak Chaq...bermalam di rumah Chik Dah...malam tue mkn malam dah mcm kenduri...ramai sgt yg datang...biasa lah, keluarga kami besar...termasuk rakan2 pengantin lagi...hehe

Raya ke-4, kenduri kahwin Kak teh aka Izzati Syazwani & Illyano...meriah sgt2..dgn tema gold + pink + baby blue...ramai yg dtg..sempat juga bersua teman2 lama...saya dulu bersekolah di Baling...pi mai pi mai...jumpa balik la..hehe

Petang tue, mama ajak pegi melenggang perut dgn nenek saudara, Tok Mayah...ingatkan dah x payah buat zaman sekarang nie...tapi sbb family sebelah abah mmg mengamalkan tradisi ini...saya ikutkan juga...ada pengeras jugak..beras 5 kilo, kain cotton 1.5 meter, sebiji kelapa, buah pinang, dan sirih, kain batik sehelai utk mandi...tue je...selesai semua..alhamdulillah...berjalan2 pula kat kampung sebelah Abah..ziarah saudara mara yg ada di sana...

Hari isnin baru bertolak balik Putrajaya...jalan jem, 9 jam baru sampai..lenguh nye laa...huhu...berhenti kat R&R org ramai packed sampai xde air..jenuh la..huhu..sabar je..Alhamdulillah, sempat beraya di kedau2 belah kampung...sempat jugak bertemu sanak saudara yg dah lama x jumpa...nanti dlm pantang dah xboleh nak berjalan jauh2... harap diorang la nak dtg sini tgk kita..uhuk uhuk ;)

Raya tahun nie x berapa ada mood nak bergambar..ada la sekeping sua gambar..lgpun tgh kembang skrg nie.. hehehe :P