Wednesday, November 13, 2013

B-complex (with folic acid): Perbezaan Shaklee & B-complex lain dlm pasaran


  1. Bio-availability(kebolehserapan) yg tinggi - ini kerana asid folik yg semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, 99% asid folik yg terdapat dalam pasaran bersifat sintetik
  2. Berkualiti - mengandungi 8 komponen penting vitamin B, 100% biotin & asid folik. Semua vitamin B ini perlu ada dalam B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Manfaat utama:


1. Menukar makanan kpd tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Mengatasi masalah rambut beruban & gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah mulut merekah, jangkitan lidah & mulut berbau
9. Detoksifikasi

Sunday, October 27, 2013

Shaklee Vita E Complex: anti-oksidan utk melawan radikal bebas

Shaklee Vita E Complex
 
Merupakan vitamin E paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah, & tisu-tisu otot.



Manfaat utama:

- melindungi jantung : pengambilan 800IU dapat mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dsb.

- meningkatkan kemampuan reproduktif: lelaki yg mengambil vitamin E mampu meningkatkan kiraan sperma mereka

- Anti-penuaan: mengurangkan kedut, garis halus, parut akne, & bintik penuaan

- Anti-oksidan yg kuat: mampu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang pertumbuhan tumor, mengahalang katarak yg menyebabkan masalah kesihatan.

- kelestarian tenaga - meningkatkan daya seksual & tenaga dgn membekalkan lebih oksigen.

- memperbaiki arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, dan sakit sendi.

- menghalang keguguran: merawat sindrom prahaid, menopous, dapat menghalang keguguran janin.

- memperbaiki parut: merawat bengkak, ulser kulit, boleh digunakan terus pada luka utk hilangkan kesan parut.

SMS/whatssapp/call: 0192722926

Saturday, October 19, 2013

Pengalaman Bersalin: Hospital Putrajaya

@ Hospital Putrajaya

Alhamdulillah..hari nie genap umur putera kesayangan saya dan suami, Muhammad Mizan Mikhael bin Khair Asuan, 43 hari..Baru Ada masa nak update blog nie..hehe..dah nak habis berpantang pun..

Pertama sekali, syukur kehadiran illahi kerana mempermudahkan urusan saya untuk bersalin di Hospital Putrajaya..walaupun banyak review dan cerita-cerita orang yang tidak enak di dengar..tapi bagi saya, Allah telah memberi kemudahan kepada saya..syukur!

Pada petang 6/9/13..turun tanda berupa lendir kuning kecoklatan..masa tu masih kat opis..keje macam biasa..konon2 nak apply cuti on 9/9/13 sebab due date 
16/9/13..xde rasa sakit..bagi tau hubby..die cakap tunggu esok la klu sakit..dalam hati risau jugak..tapi berdoa byk2 supaya baby ok..Kira pergerakan baby pun ok lg masa tu..

Keesokan pagi 7/9/13..bangun awal sebab hubby kena keje pagi tue..hubby pegi keje..saya pun buat keje rumah macam biase..basuh baju, sidai baju..hubby call tanya condition baby..die risau if anything happen and die nak balik..saya siap pesan belikn nasi lemak sebab belum sarapan..x lupa jugak makan vita-lea n b complex shaklee lepas sarapan..mama n abah pegi servis van pagi tue..tp dah balik..hubby balik je..makan nasi lemak..then time nak siap beg ke hospital  rasa mcm ketuban pecah..tp bila check mmg dah turun darah..amik beg sume..abah dah start kete..trus naik pegi hospital..Dekat je perjalanan..x sampai 10 minit..hehe..

Lebih kurang pkul 11:30 am sampai hospital..Panic jugak tp sabar je..dalam hati x putus2 baca doa nabi yunus..semoga semua dipermudahkan..sesampainya kat dewan bersalin..serahkan kad booking dan kad merah..nurse tanya kenapa dtg..saya bagi tau dah turun tanda lendir Dan darah..nurse register and masuk dalam untuk check bukaan..

Sebelum check bukaan, amik berat and tekanan darah dulu..lepas tue check bukaan dah buka 3 cm..macam mane rase check bukaan tu agak azab la jugak..huhu..sabar je..doctor bgtaw dah boleh masuk labour room..peliknya masa tu saya masih tak rasa sakit..nervous..tanya nurse bila hubby boleh masuk? Masa tu lebih kurang pukul 12-1 pm..Nurse ckp jangan risau..sampai masa diorang akan panggil hubby masuk..hihi..konon takut hubby xde masa baby kuar nanti..

Kat labour room, nurse pasang alat untuk kesan contraction..dah ade rase sakit memulas kat perut..sakit contraction la tue..makin kerap..nurse ckp relax je..ade 2 org nurse temankn masa dalam labour room..diorang just pantau..berbual2 rasenye untuk tenang kan saya..hehe..kat hospital Putrajaya ade option untuk epidural..mula2 mcm xnak amik..lepas tue doctor dtg check bukaan lg..dah 4cm tp baby dah berak..doctor suruh masukkan syntocynone untuk Cepatkan bukaan..lepas tue rasa makin sakit contraction..mula dah rasa nak amik epidural..nurse cakap sempat lg..pastu doctor untuk prosedur suntik epidural tue pun dah dtg..fuhh sakit gak kena cucuk kat tulang belakang..tp masih rasa sakit contraction tue..dalam hati x henti baca doa nabi yunus..contraction dah makin kerap..5 minit sekali..mmg rase nak meneran je..Tarik nafas dalam2..mengalir jugak air mata masa tue..nurse tolong lapkan air mata..siap pesan, sabar dik..mmg mcm nie rasenye nak bersalin..semua org akan rasa sakit..nanti bila tgk baby, semua sakit tu hilang..lega sikit rasa hati nie dgn kata2 semangat dr nurse tue..masa sakit contraction, saya trus teran..mula2 hubby ade dalam labour room..tp bila doctor suruh sambut baby, hubby x berani plak..die trus kuar dari labour room..sabar je la..alhamdulillah masa tue doctor yg sambut mikhael semua perempuan..klu x silap nama doctor tu Dr. Azlyn..Dalam 2,3 kali..kemudian lahir lah bayi yg Comel tepat jam 4:08 pm 7/9/13..mmg x terungkap dengan kata-kata perasaan ketika itu..hanya Allah yg tahu..pertama Kali melihat wajah bayi yg dikandung selama 9 bulan..inilah dia putera sulung kami..Muhammad Mizan Mikhael..Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah..
1st day ;)

Selepas siap proses menjahit luka, nurse panggil hubby untuk azankan Mikhael..Mikhael diam je sambil Pandang babah nye :)

Nurse ajarkan macam mane nak breastfeed dgn betul..hospital Putrajaya mmg support breastfeeding..so diorang ade tanye sampai umur brp baby nak breastfeed etc. try bagi baby breastfeed walaupun masa tu susu x byk..2-3 hari lps bersalin baru la susu btul2 kuar..tp Mikhael x nangis..

Lebih kurang pkul 6:30 pm..Baru la saya dimasukkan ke wad 2B..katil 17..wad second class share 4 katil..tp condition sgt puas hati Dan selesa..tp bagi yg bersalin normal, penjaga x dibenarkan..hanya yg operate ke waris wanita bleh tggu..tp mlm tu abah, mama, hubby, masuk jugak utk hantar makanan..letihnya..huhu..rasa nak tido je sepanjang hari..Mikhael pun tido je..dah tue semua kena buat sendiri..

Esoknya, pukul 1:30 dah boleh discharge..Mikhael dah boleh kencing Dan berak..Sekian saja perkongsian pengalaman saya Kali ini :)





Monday, September 2, 2013

Checklist Barang Baby ke Hospital

Barang-barang baby dah start beli dari 28 weeks lagi. Tapi beli sikit-sikit. Berikut adalah checklist barang baby yang akan di bawa ke hospital:

1) Pakaian baby:
- Baju lengan panjang (3 helai)
- Baju lengan pendek(3 helai)
- Seluar panjang (3 helai)
- Seluar pendek (3 helai)
- Topi (2 helai)
- Mittens & Booties (5 pasang)
- Barut (5 pasang)
- Kain Bedung

2) Diapers:
- Lampin pakai buang utk newborn (1 pack)
- Kain lampin (5 helai)

3) Baby grooming and ointment:
- Mandian bayi 
- Shampoo bayi 
- Bedak talkum
- Losyen bayi 
- Towel baby
- Minyak telon Bebiku

4)  Baby Sleeping set:
- Selimut baby
- Bantal kecil

5) Barang mama:
- Baju t-shirt (3 helai)
- Kain batik (3 helai)
- Maternity pad/pad biasa overnight (1 pack)
- Disposable panties (10 helai)
- Towel
- Alat mandian (berus gigi, ubat gigi, shower gel,facial foam)
- Minyak angin panas
- Baju blouse (utk pakai ketika discharge)
- Stokin
- Sweater
- Tudung instant

6) Food & drinks
- Air panas
- Air mineral
- Air anugerah
- Botol susu
- Formula milk
- ESP :)
- Milo 3 in 1
- Mug, Sudu, garfu, pinggan
- Biskut kering
- Shaklee Vitamins


Amacam?? dah ready ke? hehehe...


Friday, August 23, 2013

Prosedur Minum Air Gula di Klinik Kesihatan

Anda mungkin dikehendaki untuk minum air gula ketika pemeriksaan pre-natal setiap bulan atau setiap minggu apabila kandungan mencecah 9 bulan. Saya tetiba kena plak urgent MGTT week 36...huhu..ingat dah x kena dah..sebab hari isnin jumpa doktor pakar sebab asthma..die cakap awak sepatutnya minum air gula lagi sekali nie...kenapa tak kena? sepatut week 28-32 kena minum air gula..huhu..saya pun blur2 masa tue..tapi doktor tue dengan lemah lembut nye cakap yang nie mmg kesilapan pihak klinik...phewww!...

Antara sebab-sebab kenapa anda dinasihatkan untuk minum air gula adalah:

1) Berat badan ketika disahkan mengandung melebihi 80 kg
2) Mempunyai sejarah atau keturunan menghidap diabetes

Jangan risau...hehe...prosedur nie hanya untuk check kandungan gula dalam darah...mula2, kita akan disuruh untuk berpuasa sebelah malam ( hanya dibenarkan minum air kosong) bermula jam 10:00 malam..Biasanya check-up akan diadakan awal pagi...sebab selepas ambil darah, kita akan disuruh minum air gula yang disediakan...setengah tempat siap ade perisa oren, blackcurrent..rasenye xde la teruk sgt...masih ok lagi...hehe...Kemudian, selepas minum air gula, kita akan dinasihatkan untuk berehat selama 2 jam...masih dikehendaki untuk puasa ( tidak boleh makan dan minum)..nurse benarkan saya minum air kosong sedikit sahaja...tue pun kalau dahaga sgt2...

Saya dan Encik Suami pun menunggu di rumah abang ipar yg berhampiran dengan KK Puchong...sambil2 boleh baring2 sambil tgk anak buah nabihah yang dah tembam..hehe..baru sebulan lebih...comel sgt!

Selepas dua jam, datang balik ke klinik...nurse ambil darah lagi sekali...mujur kali nie nurse tue ok...previously, kena cucuk sampai 4-5 kali....cari urat x jumpa...sakit! huhu...hari nie semua berjalan lancar...cucuk sekali darah dah keluar..alhamdulillah!

Sebelum nie dah pernah kena minum air gula masa week 15...result sebelum minum air gula 4.4 mml/l (normal 3.9 - 5.8)...selepas minum air gula 6.0 mml/l (normal 3.9 - 7.7)...alhamdulillah xde kencing manis :)
So, kena tunggu result kali nie pula...nurse cakap kalau abnormal die akan call petang nie atau esok...kalau normal, xde pape la...hehe :)





Thursday, August 22, 2013

Alfalfa "Raja" Segala Tumbuhan

Alfalfa (Medicago Sativa) merupakan pusat pengumpulan segala 

nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke 

bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan 

di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang 

banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa 

mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus 

dan zat besi

Kelebihan Alfalfa:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
4) Membantu membuang angin dalam badan. 
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
6)Melegakan sakit sendi dan belakang 
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa mengandungi minyak Peppermint 
9)Memberi kelegaan semasa haid 
10)Merawat arthitis 
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
12)Mencuci usus bagi membuang toksik 
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
14)Meneutralkan asid dalam badan 
15)Merawat masalah keputihan pada wanita 
16)Membesar dan menegangkan payudara 
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
18)Memulihkan urat selepas bersalin 
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
20)Meningkatkan stamina seorang suami 
21)Melegakan sembelit 


Ini adalah antara kebaikan Alfalfa yang mungkin boleh merawat masalah kita..

Testimoni adik ipar saya yang menggunakan Alfalfa Shaklee: